Jumaat, 28 September 2012

HIDUP BAGAI RODA


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan kita semua hidup yang indah ini.Walaupun kehidupan setiap manusia itu berlainan,ada yang gembira dan sebaliknya.Kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan rasa bersyukur kita dengan anugerah yang telah diberikan ini(hidup).

     Hidup bagaikan satu pusingan roda.Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.Ketika kita di atas,kita rasakan kitalah orang yang paling gembira dan bahagia di dunia ini.Tapi,apabila kita di bawah,kita rasa pula yang kita ini orang yang paling derita.Ketika kita di bawah,kita sering kata,'Habislah aku kali ini'....'matilah aku'.....'kenapa tuhan buat aku macam ni'...'besarnya dugaan yang Allah beri...dan macam2 lagi.Sedarkah kita bahawa Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikul?Habis tuh..kenapa kita sering mengeluh?Inilah salah satu jawapannya..

     Kita sering lupa kepada Allah ketika putaran roda hidup kita berada di atas.Ketika kita senang dan berasa selesa dengan hidup,kita mudah sangat 'terlupa' dengan Allah.Ketika kita kaya,kita lupa Allah dengan tidak memberi sedekah kepada yang memerlukan.Ketika kita sihat,kita lupakan Allah dengan tidak membantu orang yang tidak terdaya.Ketika kita gembira,kita lupa kepada Allah dengan tidak mengendahkan dan mempedulikan orang yang sedang bersedih.Apabila tiba-tiba segala nikmat itu disentap oleh Allah,kita terus mengeluh.Menyalahkan takdir dan mengatakan Allah tidak adil kepada kita.Allah yang tidak adil atau kita yang tidak adil?

     Sebagai hamba Allah,biarlah kita sentiasa beringat.Beringat bahawa hidup kita ini bergantung sepenuhnya dengan Allah.Segala apa yang berlaku,baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya tersendiri.Hikmah itu akan dapat dilihat oleh orang yang berfikir.Orang yang soleh ataupun tidak,pasti akan melalui roda-roda kehidupan.Kadang di atas dan kadang di bawah.ini tidak boleh kita elakkan kerana inilah yang dinamakan kehidupan.Dan kehidupan di dunia inilah medan untuk kita diuji oleh Allah.Sejauh manakah kebergantungan kita kepada-Nya.


 Bagaimana kita melalui roda2 kehidupan ini dengan keredhaan Allah?

     Kita ini ibaratkan kacang lupakan kulit.Bila kita senang,kita lupakan Allah,bila kita susah,baru kita terhegeh-hegeh mengingati Allah dan meminta pertolongannya.tidak perlulah kita begitu.Bersederhanalah....kerana kesederhanaan itu memberi kita ketenangan(kepada mereka yang memahami).Apabila kita senang,bersederhanalah kita merasai nikmatnya.Lahirkan rasa kesyukuran yang sebenar-benarnya.hal ini kerana dengan bersyukur,kita akan redha dengan segala pemberian yang Allah berikan samada banyak mahupun sedikit.yang penting di situ adalah keberkatan.Apabila kita susah pula,Bersederhanalah...janganlah kita terus menyalahkan takdir atas apa yang telah menimpa kita.Bersabarlah dan teruskan berdoa kepada Allah.mohonlah kepadanya supaya permudahkan perjalanan kehidupan kita.janganlah berlebih-lebihan sehingga kita tidak taat kepada Allah hanya kerana kita dalam kesusahan.Mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih besar selepas itu.

     Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.Kehidupan ini adalah buktinya.Allah memberikan nikmat melihat,nikmat makan,nikmat bernafas,nikmat berjalan dan bermacam-macam nikmat lagi.Jadi,kita perlulah membalasnya dengan mentaati Allah dan mengikut suruhannya dan tidak melakukan larangannya.Ini juga nasihat untuk diri saya sendiri*.kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan dan ujiannya,ada naik dan turunnya.Jadi,kita perlukan kekuatan rohani supaya iman kita kepada Allah tetap utuh walaupun dilanda Bah sekalipun.bersangka baiklah kepada Allah kerana ini akan mendamaikan hati kita.Bersyukur kepada Allah supaya kehidupan kita sentiasa cukup walaupun tidak mendapat kekayaan kebendaan.

'KEHIDUPAN BAGAIKAN PUTARAN RODA,RODA ITU IBARATKAN KEHIDUPAN KITA YANG AKAN SENTIASA BERUBAH KEADAANNYA'
       

                                   

wassalam.....

Cerita Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...