Sabtu, 24 Disember 2011

Pegawai Kastam Ditembak Di Hadapan Rumah

 
Seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di sini mengalami kecederaan parah selepas dia ditembak beberapa kali oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika sedang keluar dari rumahnya di Tanjung Minyak di sini pada Jumaat.
Pegawai berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan di bahu kiri dan tangan, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, pegawai penyiasat tersebut sedang bersiap-siap untuk keluar rumah apabila sekumpulan lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan beberapa das.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan kejadian itu sambil menegaskan berdasar laporan para saksi, empat lelaki dilihat berada di hadapan kediaman mangsa sebelum kedengaran beberapa das tembakan.
Beliau juga berkata, sebagai tindak balas mempertahankan dirinya, mangsa turut melepaskan beberapa das tembakan menggunakan revolvernya. ”Keadaan mangsa kini stabil dan kita sedang meneruskan siasatan,” ujarnya lagi.
 
Sumber : malaysiasensasi.net

Khamis, 22 Disember 2011

Taman Neraka Wujud Di Thailand

Taman Neraka Wujud Di Thailand

Lokasi ini mengambil masa lebih kurang 90 minit perjalanan dari selatan Bangkok dan terletak dikawasan pendalaman. Di pintu masuk ke taman ini, pengunjung akan melihat satu papan tanda yang tertulis  “Selamat Datang ke Neraka“. Taman neraka wujud di Thailand Sebenarnya, Taman Neraka ini adalah taman yang direka oleh sami-sami Buddha di sana demi mengambarkan bagaimana hukuman dijalankan di neraka menurut ajaran Buddha.Tetapi sebenarnya hukumann neraka adalah lebih perit dari semua ini.

Sumber : MalaysiaSensasi

Wang Kertas RM50 Baru Tahun 2012

Wang Kertas RM50 Baru Tahun 2012
Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru wang kertas RM50 Baru tahun 2012 bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.Cantik juga wang kertas yang baru ni, tak sabar pulak nak tunggu tahun 2012.
SUMBER : EDISIKINI.COM

Sabtu, 17 Disember 2011

Wanita paling kerdil di dunia

 Wanita paling kerdil di dunia si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam berasal dari India, berjaya memenuhi impiannya – menjadi wanita terkecil, di dunia.

Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas ‘takhta’ wanita paling kerdil di dunia daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

Dengan gembira, Iyoti berkata, “Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!”
wanita paling kerdil di dunia.Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai Wanita paling kerdil di dunia.

Sumber: Giler Kentang

Cubaan Sabotaj Produk Daging Burger Ramly

Cubaan Sabotaj Produk Daging Burger Ramly Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi. Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.
Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.
“Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.
“Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama,” katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.
Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.
Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.
Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara Cubaan Sabotaj Produk Daging Burger Ramly mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.
Pengarahnya, Dr Ismail Abu Taat berkata, syarikat pengeluar yang didapati melanggar peraturan akan diminta menghentikan penjualan buat sementara.
SUMBER : HARIAN METRO

Khamis, 15 Disember 2011

Jalan Raya Kuantan Runtuh


Jalan raya Kuantan runtuh terjadi baru sahaja semalam ini berkemungkinan cuaca yang tidak menentu baru-baru ini yang melanda kuantan seperti hujan dan beberapa kawasan di kuantan berlakunya banjir.Kawasan jalan runtuh ini adalah berhampiran dengan kampung padang berhampiran dengan petronas yang baru sahaja buka.Rasanya baru sahaja dikongsi meninggalkan kuantan pada tiga minggu yang lepas bermacam-macam perkara buruk yang melanda kuantan seperti hujan lebat dan banjir besar dan baru-baru ini jalan raya kuantan runtuh.Sekejap rasanya tiga minggu berlalu dan minggu depan dah mula naik sem baru ngeri juga lalu jalan ni nanti yelah di dalam gambar pun sudah mengerikan apatah lagi real shot mata memandang.Fuhh..berderau juga yer.Untuk makluman gambar di diambil oleh rakan dikongsi juga di facebook pagi tadi.

Psst:Kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ini nanti berhati-hati lah yer jangan redah jalan bawah sudah.

Selasa, 13 Disember 2011

BUKTI MALAYSIA NEGARA MAJU



Mari sama-sama ketahui Bukti Malaysia jauh lebih maju daripada Jepun dan Amerika Syarikat melalui cerita TEKNOLOGI MALAYSIA VS JEPUN & AMERIKA.

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Isnin, 12 Disember 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14


Semua yang berada di Malaysia mesti dapat tengok sairan langsung adat istiadat upaca mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 14 oleh Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, Sultan Kedah di Istana Negara kan? Ini merupakan kali kedua baginda Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di tabal menjadi Yang di-Pertuan Agong. Rakyat Kedah mesti bangga dengan perlantikan Sultan mereka, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah. 

  
Kali pertama Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di tabal menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah ketika baginda berumur 43 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga 1975. Majlis Raja-Raja Melayu telah memilih   Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sekali lagi berdasarkan sistem penggiliran menggantikan Sultan Mizan Sultan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 13. Majlis perlantikan   Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah berlangsung buat pertama kali di Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta. Istana Negara yang baru telah mula beroperasi sejak 15 November yang lepas dan akan menjadi tempat bersemayam yang baru untuk Yang di-Pertuan Agong.


CINTA ELYSA Full Drama DOWNLOAD


Cinta Elysa Full Drama DOWNLOAD

CINTA ELYSA

MENGGANTIKAN DRAMA: ANA LULU,

SLOT: LESTARY
EPISODE: 13 episod,
MULA TAYANGAN: 13 September 2011,
HARI TAYANGAN: Setiap Selasa
MASA TAYANGAN: 9.00 malam.
PELAKON: Fasha Sandha dan Johan Arif


Cinta Elysa Full Drama DOWNLOAD (TV3)

Cinta Elysa Episod 01 = DOWNLOAD

Cinta Elysa Episod 02 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 03 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 04 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 05 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 06 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 07 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 08 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 09 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 10 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 11 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 12 = DOWNLOAD
Cinta Elysa Episod 13 (TAMAT) = 13 DECEMBER
Kredit: kepalabergetarJiwang


SINOPSIS CINTA ELYSA (TV3)
CINTA ELYSA mengisahkan dilema seorang pemuda, Aril yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang memusuhinya.


Kerana anak-anak lelakinya masih kecil, sebelum bapa saudaranya Jasman meninggal dunia, Jasman mahu dia menjaga seorang anak gadis dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.

Cinta Elysa Full Drama DOWNLOAD
Dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. Ibu saudaranya yang membencinya menjadi penghalang, bagaimanapun cintanya dalam diam pada sepupunya Elysa mengikat kuat hatinya di rumah itu. Ketika dia dihalau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, dia nkad membawa Elysa lari bersamanya. Dia kembali menjalani kehidupan sebagai samseng, demi kehidupannya dan menyara Elysa tetapi ditegur Elysa yang mahu Aril mencari rezeki halal deminya dan Aril menerima teguran itu dan beralih berusaha mencari rezeki yang halal demi insan yang dicintainya..."

Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi


Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi
Pernah tak terjadi, internet korang tiba-tiba jadi slow giler. Ada kemungkinan besar wifi kita telah di crack / dicuri oleh jiran sebelah yang tak sivik punya orang, dengan menggunakan Wifi Booster dan software Backtrack. Kita yang penat-penat bayar bil, suka hati mak bapak dia je cilok kita punya Wifi. Hampeh btol, busuk punya orang. Kebiasaanya para pengguna p1wimax dan streamyx yang selalu menjadi mangsa.



Hari ini ku nak kongsi 2 software Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi untuk kita bagi pengajaran kepada mereka ini. Software ini akan detect siapa yang curi wifi dan kita boleh cut connection tue. Cuba install kat pc/laptop korang, pastu kita boleh check sama ada betul-betul wifi kita dicuri ataupun internet kita yang slow sebab bandwith dah low (tak pasal-pasal orang sebelah jadi mangsa).







Korang bleh cuba yang mana satu pilihan korang : 

Wireless network watcher
-Download disini KLIK SINI
Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi
Netcut
-Download disini KLIK SINI 

Jutawan Muda Jual Video Seks


Jutawan Muda Jual Video Seks
Pernah dapat sms yang berbentuk sebegini?
“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi video peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 keatas! “
“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati Koleksi Video Peribadiku Yang Panas & Hangat. Sila balas YA, jika anda tahan nenikmatnya. WARNING! Hanya untuk umur 18++ sahaja”
Adakah sesetengah rakyat Malaysia, boleh digelarkan sebagai gila seks? Ini kerana kes terbaru yang melibatkan seorang jutawan muda yang menjalankan bisnes jual video seks dan lucah kepada bakal-bakal pelanggan yang dahagakan seks oleh seorang yang sudah bergelar jutawan telah ditangkap. Bayangkan jika ada yang sudah mula melanggan video seks, setiap video dihantar akan dicaj sebanyak RM3 atau RM5 contohnya. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah menjadi pelanggan kepada Jutawan Muda Jual Video Seks ini akan saudagar seks ini sehingga mampu mengumpul kekayaan sehingga 11 juta?  Ulang suara sekali lagi RM11 juta!!!
Baguslah sudah ditangkap jutawan muda ini, diharap selepas ini pihak berkuasa dapat memantau sekerap mungkin. Di internet sahaja laman-laman dari Malaysia sekarang terang-terang menawarkan video-video seks. Bayangkan video seksseperti ini dapat kepada anak-anak bawah umur. Yang mereka tahu seronok sahaja. Kesan jangka masa panjang cukup-cukup besar jika kegiatan ini tidak dibanteras daripada sekarang.
KUALA LUMPUR — Rahsia di sebalik gaya hidup mewah Jutawan Muda Jual Video Seks yang merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang. Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan. Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta. Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.
Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman Jutawan Muda Jual Video Seks terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan. Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan. Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. Bernama
Masih ingat lagi kes Aman Syah. Tetapi jangan tersilap ye. Yang saya maksudkan bukannya Aman Syah bekas penyanyi tu, tetapi Aman Syah yang terlibat dalam satu kes yang pernah menggemparkan negara kita sekitar tahun 90an dengan”mengambil” duit pelanggan tanpa pengetahuan pihak bank mahupun pelanggan itu sendiri. Banyak ker duit yang dicurinya? Bagaimana modus operandinya? Tak banyak dia ambil, hanya satu sen untuk setiap akaun. Mungkin itu yang menyebabkan pelanggan tidak menyedari duit mereka telah diambil oleh mamat  Aman Syah ini sehingga mampu mengumpul duit sebanyak RM4 juta.
“Inilah yang dinamakan sikit-sikit lama jadi bukit”
Jutawan Muda Jual Video Seks mengambil keuntungan kalau setiap pelanggan diambil 1 sen, bagaimana pula jika 5 juta pelanggan? Banyak bukan? Jenayah yang dibuat mula disedari apabila melihat kehidupan mewah jutawan muda (Aman Syah) ini sehingga mampu memiliki kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Ferrari. Pendek katanya, memang kaya Aman Syah pada masa itu dengan jenayah yang dilakukan. Dan akhirnya terbongkar apabila bossnya yang sudah pencen melihat sendiri kemewahan Aman Syah yang dipaparkan di TV.

Ahad, 11 Disember 2011

Peramal Kiamat yang ternyata SILAP



Kita sering digembar gembur dengan ramalan kiamat.
Sehingga kini ramai yang cuba membuat ramalan. Ternyata mereka SILAP!

MARTIN LUTHER
-pada 1500, mengistiharkan dunia akan digulingkan 300 tahun lagi.

CHRISTOPHER COLUMBUS
-membuat ramalan kiamat pada 1656.

EDGAR C WHISENANT
- saintis dan jurutera NASA meramal kiamat berlaku antara 11 hingga 13 september 1988.

HAROLD CAMPING
-seorang bekas personaliti radio california meramalkan 21 oktober 2011 kiamat akan berlaku.

NOSTRADAMUS
- menurut ramalannya, kiamat berlaku pada 1999.


Terbukti ramalan mereka semuanya palsu.


LIVE VIDEO DAN GAMBAR GERHANA BULAN PENUH 10 DESEMBER 2011


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 



Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video gerhana bulan 10 Disember 2011
 



Telur akan berdiri tegak apabila masa gerhana bulan berlaku.





Sabtu, 10 Disember 2011

5.2 juta rakyat dijangka pohon bantuan RM500


Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

“Atas tujuan untuk menilai pendapatan sebenar keluarga, hanya ahli keluarga yang bekerja sahaja layak untuk mengisi borang permohonan, bukan seluruh anggota keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang BR1M hari ini.

Ahmad Husni berkata pemprosesan para pemohon akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti melalui rekod.

“LHDNM mempunyai rekod pendapatan individu yang telah mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka dan sebarang permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti dengan serta merta,” katanya.

Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan, beliau berkata kerajaan telah menyediakan borang pendaftaran lebih daripada yang diperlukan dan juga tidak mengenakan sebarang cas untuk mendapatkan borang permohonan bantuan kewangan tersebut.

“Setakat hari ini, selain memuat turun dari lamanweb Kementerian Kewangan, sebanyak 862 kaunter telah dibuka di seluruh negara untuk mendapatkan borang permohonan dan 415 daripadanya adalah di sekolah-sekolah yang terpilih,” katanya.

Selain itu, Ahmad Husni juga berkata pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012, tetapi, format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.

Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada hari ini sehingga 10 Januari 2012 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Talian Hotline BR1M, 1-800-222-500.

Jumaat, 9 Disember 2011

Dikongsi Chatting

Fenomena Sungai Di Dalam Laut


Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
 Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." - Surah Al-Furqan (Ayat 53)
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:-

"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" - Surah Ar-Rahman (Ayat 20)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. 

Rasulullah s.a.w. berkata,
 "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air".
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


 Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)

Terowong rahsia yang menghubungkan Mexico – USA untuk transfer dadah











Banjir kilat yang melanda Kajang

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.
Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.
Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai. Video dan gambar after the jump.


Khamis, 8 Disember 2011

Skim Gaji Baru SBPA, Gaji Pegawai Tinggi Dijangkakan Naik Sehingga RM5,000?


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 
Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA. “Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek… itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.
Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama. Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.
Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA. “Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM… jadi ada kenaikan lebih RM1,100,” katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.
“Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam,” kata beliau lagi. Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus. Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan hari ini.


Aku Bukan Tomboy Full Movie Download


Aku Bukan Tomboy Full Movie Download
Synopsis / Wiki / Plot
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. 

Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka.

Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik. 

Genre
Comedy | Drama

Actors
Scha Alyahya Shaheizy Sam Syamsul Yusof Salina Saibi Sheera Iskandar Harun Salim Bachik.

Synopsis / Wiki / Plot
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. 

Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka.

Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik. 

Genre
Comedy | Drama 

Trailer Aku Bukan Tomboy Full Movie Download

Movie Screenshot Aku Bukan Tomboy Full Movie Download


Aku Bukan Tomboy Full Movie Download
Mediafire Server
File Size:( 700mb )

Sila join Aku Bukan Tomboy Full Movie Download part-part video ini dengan menggunakan software HJ-Split

Rabu, 7 Disember 2011

Ombak Rindu 2011 Full Movie Download


Ombak Rindu Full movie download 2011 disini secara percuma. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

MEDIAFIRE
PART 1 KLIK SINI
PART 2 KLIK SINI
PART 3 KLIK SINI
PART 4 KLIK SINI
PART 5 KLIK SINI

FILESONIC
KLIK SINI

FILESERVE

FILEJUNGLE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ukraine Investment Company

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 

site analysis
Design by MFR Studio | Edited by fakhrurrozi - MFR | Company